Saturday, September 17, 2011

Imbas Kembali

SOALAN PERBINCANGAN BMM 3103
1.Lengkapkan jadual di bawah

PERKARA
PENGUJIAN
PENGUKURAN
PENTAKSIRAN
PENILAIAN

TAKRIF
Merujuk kepada proses atau situasi sesuatu alat ujian yang sedang dijalankan oleh guru.
Merujuk proses pemarkahan & pemarkatan yang bertujuan utk mengukur sesuatu kemahiran bahasa secara kuantitatif.
Satu proses yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat.
Proses mengenal pasti, memperoleh dan mentafsir maklumat yang berguna bagi sesuatu pertimbangan.


TUJUAN

Mengetahui sama ada murid sudah menguasai pengetahuan kemahiran, sikap yang ingin disampaikan oleh guru.

Mendapatkan penjelasan secara numerik (angka) tentang sebanyak mana murid mempunyai ciri yang diukur menggunakan alat tertentu.



Satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang.

Untuk memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa.

ALATAN

Soalan ujian

Pemerhatian, pencerapan (lukisan), temubual


Ujian

Soalan ujian, projek, tugasan, portfolio


2. Nyatakan tujuan/ kepentingan penilaian / pentaksiran dijalankan
a) proses mendapatkan maklumat dan membuat penghakiman dan pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
b) proses mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang.
c) proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif.
d) sebagai satu bimbingan kepada murid - murid.

3. Nyatakan jenis - jenis kesahan.
a) kesahan isi atau kandungan
b) kesahan telahan atau ramalan
c)kesahan serentak atau semasa
d)kesahan gagasan atau konstruk
e) kesahan muka
f)kesahan kriteria.

4. Kebolehpercayaan ialah : tahap ketekalan antara skor ujian yang sentiasa tetap dengan tidak adanya ralat pengukuran.

5. Bagaimanakah cara untuk mengelakkan ralat dalam pengukuran kebolehpercayaan sesuatu ujian?
  • Bebas daripada gangguan.
  • Lebih daripada 1 orang pemeriksa.
  • Ujian mesti dikendalikan jauh dari gangguan.
  • Tidak berlaku penipuan dalam ujian.
  • Masa yang diberi mencukupi.
  • Jawapan yang betul.

6. Berikan takrif kepada domain kognitif berikut :
a) Pengetahuan :
  • menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.
  • perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.

    b) Kefahaman :
    • menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
    • Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.
    c) Aplikasi :
    • peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
    • perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.
    d) Analisis :
    • peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
    • perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.


      e) Sintesis :
      • menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
      • perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.

        f) Penilaian :
        • merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

        7. Buat banding beza antara Taksonomi Bloom dan Krathwohl.


        TAKSONOMI BLOOM

        ASPEK

        TAKSONOMI KRATHWOHL

        Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.


        TUJUAN

        Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.

        Kognitif

        DOMAIN

        Afektif

        Enam

        BILANGAN ARAS

        Lima

        1. Pengetahuan
        2. Kefahaman
        3. Aplikasi
        4. Analisis
        5. Sintesis
        6. Penilaian




        JENIS ARAS

        1. Perwatakan
        2. Organisasi
        3. Penilaian
        4. Gerak balas
        5. Penerimaan

Friday, September 16, 2011

Stimulus dan Stem soalan


Amali Bmm 3103

Arahan soalan: Sila bina stimulus dan stem soalan berdasarkan jenis-jenis stimulus yang telah dibincangkan.

1. Stimulus berpetikan



2. Stimulus Berajah


3. Stimulus dialog

4. Stimulus bergambar
5. Stimulus Berjadual

6. Stimulus Bersenarai

7. Stimulus berimaginasi




Tuesday, June 28, 2011

Tak sama tapi serupa

Sering kali kita akan melihat pelbagai nama bagi sesuatu..
begitu juga dengan Jadual Spesifikasi Ujian (JPU). Ada juga yang mengenalinya dengan nama lain seperti :

  1. JPU --> Jadual Penentu Ujian
  2. JSU --> Jadual Spesifikasi Ujian
  3. JPI--> Jadual Pembinaan Item
  4. TSI--> Test Specification Table
  5. JPI--> Jadual Penentu Item
  6. JPS--> Jadual pengagihan soalan

** walau apa pun namanya, namun tujuannya tetap sama iaitu untuk memudahkan kita dalam membina soalan ujian yang lebih menyeluruh dan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi****

Jadual penentu ujian

Jadual Penentuan Ujian

  • Membantu untuk memilih jenis ujian/item soalan
  • Dua jenis item ujian bertulis iaitu
  1. item objektif (memilih jawapan yang betul atau melengkapkan ayat, item betul salah, aneka pilihan padanan atau pelengkap) dan
  2. item subjektif (menggubal jawapan sendiri, item berjawapan pendek, sederhana atau panjang; item jawapan terbuka atau item berkaitan penyelesaian masalah)

Jadual Penentuan Ujian

  • Konsep pencapaian dipecahkan kepada pengetahuan dan kemahiran (Haladyna,1977)

  • Penggubalan kertas ujian perlu mengikut spesifikasi

  • Ujian yang hendak ditadbir hendaklah mewakili seluruh sukatan pelajaran yang merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap

  • Ujian yang dijalankan hendaklah mengunakan soalan relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran

Proses Penyediaan Jadual Penentuan Ujian

a) Penyediaan JPU

b) Pembinaan item ujian

c) Membuat ujian rintis

d) Memurnikan item ujian

e) Dinilai ahli matapelajaran

Membantu memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan dan pengukuran adil (Hale, 1980)

Penyediaan JPU

  • Carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran

  • Lajur carta menyenarai objektif pengajaran dan kandungan pengajaran
  • Baris carta menyenarai konsep utama yang diajar dan ingin diukur

JPU menjadi panduan mengenai apa yang perlu diajar dan objektif yang perlu dicapai

JPU menjadi panduan untuk pembinaan item ujian merangkumi kandungan pengajaran dari awal hingga akhir

JPU harus dibina seawal mungkin ; sebelum memulakan pengajaran

Kepentingan JPU

  • Kertas ujian dapat dibina secara sistematik
  • Kesahan terjamin
  • Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang
  • Meliputi keseluruhan matapelajaran
  • Aras kesukaran kekal setiap tahun (walau dibina pembina lain)