Tuesday, June 28, 2011

Jadual penentu ujian

Jadual Penentuan Ujian

  • Membantu untuk memilih jenis ujian/item soalan
  • Dua jenis item ujian bertulis iaitu
  1. item objektif (memilih jawapan yang betul atau melengkapkan ayat, item betul salah, aneka pilihan padanan atau pelengkap) dan
  2. item subjektif (menggubal jawapan sendiri, item berjawapan pendek, sederhana atau panjang; item jawapan terbuka atau item berkaitan penyelesaian masalah)

Jadual Penentuan Ujian

  • Konsep pencapaian dipecahkan kepada pengetahuan dan kemahiran (Haladyna,1977)

  • Penggubalan kertas ujian perlu mengikut spesifikasi

  • Ujian yang hendak ditadbir hendaklah mewakili seluruh sukatan pelajaran yang merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap

  • Ujian yang dijalankan hendaklah mengunakan soalan relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran

Proses Penyediaan Jadual Penentuan Ujian

a) Penyediaan JPU

b) Pembinaan item ujian

c) Membuat ujian rintis

d) Memurnikan item ujian

e) Dinilai ahli matapelajaran

Membantu memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan dan pengukuran adil (Hale, 1980)

Penyediaan JPU

  • Carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran

  • Lajur carta menyenarai objektif pengajaran dan kandungan pengajaran
  • Baris carta menyenarai konsep utama yang diajar dan ingin diukur

JPU menjadi panduan mengenai apa yang perlu diajar dan objektif yang perlu dicapai

JPU menjadi panduan untuk pembinaan item ujian merangkumi kandungan pengajaran dari awal hingga akhir

JPU harus dibina seawal mungkin ; sebelum memulakan pengajaran

Kepentingan JPU

  • Kertas ujian dapat dibina secara sistematik
  • Kesahan terjamin
  • Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang
  • Meliputi keseluruhan matapelajaran
  • Aras kesukaran kekal setiap tahun (walau dibina pembina lain)

No comments:

Post a Comment