SOALAN PERBINCANGAN BMM 3103
1.Lengkapkan jadual di bawah
PERKARA | PENGUJIAN | PENGUKURAN | PENTAKSIRAN | PENILAIAN |
TAKRIF | Merujuk kepada proses atau situasi sesuatu alat ujian yang sedang dijalankan oleh guru. | Merujuk proses pemarkahan & pemarkatan yang bertujuan utk mengukur sesuatu kemahiran bahasa secara kuantitatif. | Satu proses yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat. | Proses mengenal pasti, memperoleh dan mentafsir maklumat yang berguna bagi sesuatu pertimbangan. |
TUJUAN | Mengetahui sama ada murid sudah menguasai pengetahuan kemahiran, sikap yang ingin disampaikan oleh guru. | Mendapatkan penjelasan secara numerik (angka) tentang sebanyak mana murid mempunyai ciri yang diukur menggunakan alat tertentu. | Satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang. | Untuk memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa. |
ALATAN | Soalan ujian | Pemerhatian, pencerapan (lukisan), temubual | Ujian | Soalan ujian, projek, tugasan, portfolio |
2. Nyatakan tujuan/ kepentingan penilaian / pentaksiran dijalankan
a) proses mendapatkan maklumat dan membuat penghakiman dan pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
b) proses mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang.
c) proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif.
d) sebagai satu bimbingan kepada murid - murid.
3. Nyatakan jenis - jenis kesahan.
a) kesahan isi atau kandungan
b) kesahan telahan atau ramalan
c)kesahan serentak atau semasa
d)kesahan gagasan atau konstruk
e) kesahan muka
f)kesahan kriteria.
4. Kebolehpercayaan ialah : tahap ketekalan antara skor ujian yang sentiasa tetap dengan tidak adanya ralat pengukuran.
5. Bagaimanakah cara untuk mengelakkan ralat dalam pengukuran kebolehpercayaan sesuatu ujian?
- Bebas daripada gangguan.
- Lebih daripada 1 orang pemeriksa.
- Ujian mesti dikendalikan jauh dari gangguan.
- Tidak berlaku penipuan dalam ujian.
- Masa yang diberi mencukupi.
- Jawapan yang betul.
6. Berikan takrif kepada domain kognitif berikut :
a) Pengetahuan :
- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.
- perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.b) Kefahaman :
- menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
- Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.
c) Aplikasi :- peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
- perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.
d) Analisis :- peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
- perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.e) Sintesis :
- menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
- perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.f) Penilaian :
- merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.
7. Buat banding beza antara Taksonomi Bloom dan Krathwohl.TAKSONOMI BLOOMASPEKTAKSONOMI KRATHWOHLMembuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.TUJUANMerupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.KognitifDOMAINAfektifEnamBILANGAN ARASLima1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. PenilaianJENIS ARAS1. Perwatakan
2. Organisasi
3. Penilaian
4. Gerak balas
5. Penerimaan